Anda dijemput ke Facebook fan page kami di Facebook fan page: RAR Fashion. Kami juga amat menggalakkan sebarang cadangan/ komen bagi memperbaiki mutu dan servis kami, terimakasih!

KESEMUA GAMBAR KAMI ADALAH MILIK RAR FASHION. ANDA DILARANG MENGAMBILNYA KECUALI AGEN BERDAFTAR & PARA PEMBORONG KAMI.


Related Posts with Thumbnails

Bagaimana Membeli Belah Secara Online Dengan Selamat?

Mungkin anda pernah mendengar atau mengalami pengalaman buruk semasa membeli belah secara online. Adakah ia satu kaedah yang selamat? Jawapannya ya, tetapi anda haruslah berhati-hati.

Bagi yang belum pernah membeli secara online, sudah semestinya anda teragak-agak untuk membuat sebarang keputusan, bukan? Saya sendiri pun begitu semasa saya pertama kali membeli belah di alam maya ini, malah saya pernah tertipu! Bayaran telah dibuat tetapi barang tidak sampai2.. Walau bagaimanapun, semangat membeli belah saya tetap kental, dan ia tidak melemahkan semangat saya, malah saya telah menjadi pelanggan tetap kedai online! Ia tidak merugikan masa, malah harga lebih rendah & saya boleh membuat kerja2 lain seperti menonton tv sambil melayari kedai2 online.. ^-^

Pertama sekali, apa yang diperlukan ialah sebuah komputer (dengan Internet), akaun bank dan kad kredit/debit (untuk pembelian antarabangsa). Selalunya dalam pembelian domestik, penjual akan meminta pembeli memasukkan pembayaran ke dalam akaun bank mereka. Proses pembayaran akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai “Online banking” sebagai contoh maybank2u ataupun cimbclicks.

Jika anda ingin membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan dari laman web luar negara, anda memerlukan kad kredit/debit. Tetapi ada juga penjual yang menyediakan sistem pembayaran yang tidak memerlukan kad kredit/debit. Contoh kad debit adalah Visa Electron Public Bank. Antara sistem pembayaran yang popular adalah paypal dan western union.


Keduanya, sebelum anda membuat belian anda haruslah membuat perbandingan dan sedikit kajian terlebih dahulu. Penjual tersebut mestilah memiliki no telefon untuk dihubungi/ email/ alamat jika mempunyai kedai. Anda boleh berinteraksi dahulu dengan penjual seperti meminta ukuran atau gambar produk yang lebih jelas.

Selidiki jika terdapat komen2 negatif atau sebarang aduan terhadap penjual tersebut, samada di blog/ forum2 di mana penjual itu menjual barangannya. Selalunya, jika penjual tersebut menjadi ahli dan berniaga di mana-mana forum/ruangan niaga, anda bolehlah menaruh kepercayaan kepada penjual tersebut. Ini adalah kerana kebiasaannya forum2 sebegini memantau akiviti peniaga tersebut, jika penjual tersebut berniat menipu pelanggan/ pembeli, atau terdapat aduan2 dari pihak pembeli, pihak pengurusan forum tidak akan teragak-agak untuk memberhentikan ahli tersebut. Malah, ruangan niaga seperti ebay memberi 'bintang' kepada penjual yang mempunyai servis yang baik.

Anda sebagai pembeli BERHAK untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai barangan/ perkhidmatan yang hendak dibeli. Contohnya: ukuran, warna sebenar (kerana warna seperti di dalam gambar tidak semestinya sama dengan warna sebenar) dll. Anda juga boleh menanyakan kepada penjual samada jika barangan tersebut boleh dipulangkan jika saiznya tidak sesuai dengan anda. Di RAR Fashion, kami menerima kembali sebarang pemulangan barang jika saiz tidak sesuai atau ada sebarang kerosakan di mana2 bahagian barangan tersebut. Tetapi pembeli hendaklah memulangkannya di dalam tempoh seminggu selepas menerimanya dan barangan tersebut hendaklah berkeadaan seperti sediakala semasa pembeli menerimanya.

Kami juga menawarkan jaminan kepuasan pembeli, kepada pelanggan berstatus "PELANGGAN TETAP/ REGULAR CUSTOMER" yang mencecah points 300 ke atas. Pelanggan RAR Fashion yang sudah mendapat status tersebut boleh memulangkan barang yang dibeli jika tidak puas hati dengan warnanya (berbeza dengan apa yang dilihat dalam gambar)/ saiz/ apa sahaja, tetapi barang tersebut hendaklah sampai ke tangan kami selewat2nya seminggu selepas pembeli menerimanya.

Sebagai pembeli, anda haruslah bijak memilih dan menilai barangan. Jika barang tersebut ditawarkan dengan harga yang begitu murah dan harga yang tidak masuk akal, contohnya beli 10 handphone akan mendapat sebuah kereta. Selidiki terlebih dahulu, dan jangan mudah terpedaya. Anda mungkin menjadi salah seorang mangsanya!

Elakkan daripada membeli dengan mana2 penjual yang memaksa anda untuk membeli sesuatu barang / perkhidmatan. Sila lihat contoh aduan yang saya jumpa di web : complaints-about-new-york-skin-solution


Ketiga, setelah kedai dan barangan telah dibuat pilihan, tibalah masanya anda ingin membuat bayaran kepada penjual tersebut. Tanyakan kepada penjual tersebut jika ada tawaran yang lebih rendah harganya atau diskaun. Jika anda memerlukan barang tersebut tiba dengan segera, anda haruslah memilih Poslaju (1 hari bg kawasan bandar, atau 2 hari bagi kawasan luar bandar) sebagai cara pengeposan barang anda. Jika tidak cuba tanyakan kepada penjual tersebut jika terdapat pilihan yang lebih murah.

Keempat, setelah membuat bayaran, anda haruslah memaklumkan kepada penjual bahawa anda telah menyelesaikan bayaran tersebut jika website penjual tidak memiliki kaedah "bayar sebelum check out". Simpan bukti pembayaran sehingga barang tersebut anda menerimanya dengan selamat. INGAT, jika ingin selamat, anda tidak digalakkan membuat sebarang bayaran/ membuka akaun bank online anda di mana2 cyber cafe. Simpan maklumat bank / kredit/debit kad anda. Jangan berikan kepada sesiapa pun dan anda MESTILAH memasuki laman bank online dengan alamat yang betul (bukan dari email).


Kelima, anda juga boleh meminta "track no" dari penjual, setelah penjual membuat penghantaran barang. " Track no" ini hendaklah disimpan oleh anda dan boleh digunakan untuk merujuk status barang anda di website Pos Malaysia, contohnya, jika penjual tersebut menggunakan Pos Malaysia sebagai saluran penghantaran.


Akhir sekali, jika anda mengalami sebarang masalah dan ingin membuat aduan, anda boleh menghantar aduan anda kepada NCC, salah satu Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional. Aduan anda bolehlah dihantar di sini.


Kami, RAR Fashion bersedia memberi kepuasan membeli belah secara online kepada anda.. Jadilah pembeli yang bijak!

No comments:

Post a Comment